Liabasfm

Liabasfm
Radio Online Orang Bukit

Khamis, 13 Oktober 2011

Adakah hanya Amaran Kosong??

Amaran Buat Manchester United

Huiyooo manchester united menerima amaran nampaknya tapi siapa sebenarnya yang memberi amaran ini ? Sudah semestinya musuh pasukan Manchester United yang memberi amaran yang sebegini sebelum bermulanya perlawanan antara 2 pasukan. So lets cut the crap and just read the news below :)
Amaran Buat Manchester United
Pemain sayap Liverpool, Stewart Downing memberi amaran kepada Manchester United menjelang aksi Liga Perdana England pada 15 Oktober ini. Downing, 27, memberitahu, skuad bimbingan Kenny Dalglish itu masih berada dalam situasi terbaik.

Downing yang dibeli dari Aston Villa berkata, skuad The Reds telah mempamerkan aksi yang menarik sepanjang musim ini. Dia yakin Liverpool mampu menyamai rekod United yang memenangi 19 gelaran liga dan berhasrat untuk menewaskan The Red Devils di Anfield nanti.
“Kami telah mencipta peluang dan saya merasakan ia akan tiba (menjulang Liga Perdana England) apabila kami berjaya menewaskan mereka (Chelsea, United, Manchester City dan Arsenal),” kata Downing.

“Kami perlu lebih klinikal dan perlu menewaskan kelab- kelab besar dan aksi menentang Wolverhampton Wande- rers adalah contoh yang baik. Kami jadikan ia sebagai satu hari yang lebih sukar daripada yang difikirkan.
“Tetapi ia adalah sesuatu yang baik untuk melihat pemi- nat menikmati corak permainan pasukan ini. “Peminat mahu dilayan, lihat gol yang dijaringkan dan pergerakan barisan serangan.
“Beberapa pengurus tidak mahu corak permainan terlalu terbuka. Tetapi dari sudut pandangan peminat, pemain berada di sana untuk bermain dan melakukan yang terbaik. Saya fikir, terutamanya di laman sendiri, kami berjaya beraksi dengan menarik.
“Memang baik untuk menja- ringkan gol dan saya tidak sabar menunggu untuk memperoleh satu gol ketika menentang United nanti. Ia akan menjadi lebih sempurna,” ujarnya.
Sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...